CLICKS HERE!!!

Sunday, 18 May 2014

Besi Panas

Pelajar: Cikgu. Syaitan tu kan dari api, nanti kat akhirat bukan sakit pun dia kena azab. Api dengan api mana rasa pape.

Cikgu: Hm... Manusia di jadikan dari tanah bukan? Agak-agak kamu lah. Kalau kamu kena tumbuk dengan kawan kamu, sakit tak kamu rasa?

Pelajar: Mestilah sakit cikgu.

Cikgu: Ha macam tu lah syaitan rasa nanti. Walaupun api dengan api, tetap sakit dia.

Pelajar: Faham cikgu.=)

*sayabesipanasawakbagibesipanassayasakitjugatapisayamintamaafawakbuangjelahbesipanasdalampoketawaktu.

Tuesday, 13 May 2014

Album

Album di belek untuk kesekian kalinya. Sampai di muka surat terakhir. Terhenti. Bait-bait ayat yang terakhir amat memilukan. Termangu sendiri. Mata di pejam. Jantung dengan tidak semena mula mengepam darah begitu pantas. Rambut yang tidak terurus mula di tiup angin. Angin kipas yang berada betul-betul di hadapan muka. Menyesal. Nasi dah jadi bubur.