CLICKS HERE!!!

Sunday 30 September 2012

Hidup Remaja

Hujung mingggu. Apa yang nak buat. Balik  rumah sewa. Tak semua ada. Ada yang balik. Tinggallah yang duduk jauh-jauh je. So berkesumbatanlah dengan mana yang ada. Pagi Sabtu, tak buat pape pun. Semua bangun lewat. Aku dengan penuh bersemangatnya main game bola. Berlatih! Baru boleh menang bila main nanti! HAHA!=D Main punya main. Baru sejam. Pergh! Hilang arah. Bukak movie. Expendables 1. Hari tu tgok Expendables 2 kat wyg. Tak fhm. Org kata sebab tak tgok Expendables 1. Aku pun tgok lah yang 1st punya... Tapi. Sama je tak fhmnya. HAHA!=D Pastu bukak Maharaja Lawak. Layan. Gelak sensorang. Ok gak! Then, sorg2 pun menyedarkan diri. Malam! Wayang. Hantu Kapcai. Sebelum pergi tu. Makan siap2 kat rumah. Konon ah nak jimat.
Nasi Goreng Pataya!!!
Dasat gak member aku ni boleh buat nasi ni. Tapi dekat setengah jam jugaklah menunggu. HUHU. Tapi kira OK lah aku rasa. Untuk org baru yang baru menceburi bidang ni. HAHA!=D Tapi! Nasi tu masin. Dan aku confuse. Tu nasi goreng pataya atau nasi goreng ikan masin? HAHA!=D Tapi sedap kot... Ha... Then kul 8 gitu, kita org merempit pargi mall. Vooommm!!! Sampai2 mall. Semua nak makan ais-krim. Tak boleh bla! Muka ganas! Bawak motor macam ribut, makan ais-krim. Comel jerh. HEHE.=P Habis wayang, uptown. Makan piza kat sana. Piza pasar malam tu. Tau tak? Konon ah tadi nak jimat. HAHA!=D Dah sumbat. Lepak pantai bersih lak. Chicken chop lak kat sana. Memang 1 penjimatan hebat sebenarnya! HAHA!=D Lepak kat sana. Sampai kul 3 pagi gak lah! Malam tu, Man. Utd. lawan Tottenham. Game rancak kot! Tottenham menang 3-2. Dan malam pun makin tua. Gerak baliklah. Dah sampai rumah. Duk sembang lagi dalam gelap. HAHA!=D Seronok! Macam ni lah hidup org bujang. Nanti dah kahwin, mana ada semua ni. HUHU. Nikmati zaman remaja kita! Jangan buat pelik2 dah lah. Jangan malukan mak ayah kita. HUHU. =)

Sunday 23 September 2012

NEW BURGER in McD

Samurai Burger. With Sakura McFizz. And Katsu Curry McShaker....
New meal at Mcd!!! HUHU...
Sedap gak ah!!! Nyum... Nyum....


Nampak tak gambar ni??? Lazatkan???
Aku amekkan gmbr tok sapa2 yang tak makan lagi burger ni.... HAHA!!!=D
Rugi sapa tak rasa!!! HUHU... (Promote McD!!! Jadi duta McD pas ni). HUHU...


Nampak tak debaran burger ni??? Dah bukak kotak...
Ada balut dengan kertas lagi...  Bestkan??? HUHU...
Tapi sos dah habis... HAHA!!!
Tu sebab aku dah makan Katsu Curry Mcshaker dulu. HUHU...
Sedap tau!!! (Promote McD lagi... =P)


Aik??? Burger ni dah kena gigitlah!!! HAHA!!! =D Nyum nyum... (^_^)


5 minit kemudian...

Erkkkk..... Alhamdulillah... Heee... (^_^)v

Friday 21 September 2012

NAZIHA

Siapa tengok cerita ni??? Aku layan dari awal sampai habis!!!
Aku dah download FULL EPISODE!!! HOHO!!!
So siapa nak, bag jelah thumbdrive kat aku...
Aku tak kesahlah... Boleh je bagi....


"CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU"
Cewah!!! HAHA!!! =D
Kalau korang layan cerita ni, korg tau lah ayat ni... HAHA!!! =D
Cumalah kan... Adam mati!!! Argh!!! Ending yang sedih aku rasa...
Adam berkorban banyak dah aku rasa...
So patutnya Adam yang layak dapat Naziha...
Patut Akmal yang kena bunuh... Bukan Adam..
Baru happy ending sikit.... HUHU...
Jadi Director I lepas ni... =P
Memanglah cinta tu perlukan pengorbanan...
Tapi.... Haih....
Kesian Adam... ='(

Thursday 20 September 2012

PERKARA YANG MEMALUKAN

Hari ni, banyak pulak barang aku dah habis...
So, aku prefer nak keluarlah kejap. Cadang nak pergi TESCO.
Last2, aku pergi CARREFOUR je. Dekat sikit. Harga barang pun tak jauh mana.
Aku pun tak kesah mana2.... 2-2 dah biasa pergi...
Aku pun plan lah siap2 nak beli apa.
Nanti sampai sana senang. Just pick it up.
Tulis3... Done... Cukup dah semua.
Aku pun geraklah...
Time otw, aku terfikir... "Layan Each a Cup OK gak ni..."
Dah sampai, orang kat Each a cup tu pulak tak dek...
G mana tah... Ponteng ah tu!!! Makan gaji buta!!!
Aku pun g tandas jap. Nak berdandan... 
Tapi macam mana tah. Aku termasuk tandas perempuan!!!


TIDAAAAAAAKKKK!!!! 
OK segan... Ada orang nampak aku... Ada gadis jugak dalam tu...
Gadis tu tgh pusing2 kat depan cermin...
Memang tak boleh bla!!! Baru aku tau gadis2 buat apa selama ni dalam toilet...
Dia org main pusing2 depan cermin... HAHAHA!!! =D
Tapi masalahnya sekarang, gadis tu kerja kat Each a Cup tuh!!!
DAMN!!!
Memang tak ah aku nak pergi kat Each a Cup tu!!!
HAHAHA!!!!!! =D Aku sangat terkejut bila tengok ada gadis masa tu....
Dan aku sempat nampak muka gadis tu terkejut...
Mujurlah dia tak jerit... 
Kalau tak... Habis aku!!! HOHO!!!
So moral of the story, sebelum masuk tandas.
Kena tgok sign dulu. Even kita dah biasa pergi tempat tu....
HUHU...


Each a Cup!!!
Kepada sesiapa yang tak kenal Each a Cup, kat atas ni aku ada sertakan gmbr!!!
ha... Penah nampak tak??? Pernahkan... Kat mall biasa ada... =)

Wednesday 19 September 2012

sesuatu yang penting!!!

ramai org lalai. pada hal, benda tu penting kot.
contohlah. minyak kenderaan. ha... benda remeh kan???
tak kot... penting actually benda ni...
bagi sesiapa yang ada kenderaan lah aku tujukan....
yang tak dok tu... pergi beli!!! HAHA!!! =D
tak kesah lah kereta ke, motor ke...
korang kena prihatin kot...
in case lah kalau jadi pape... susah doe!!!
so!!! ALERT IT!!!



Monday 3 September 2012

MENARA GADING

Di dalam kelas Tingkatan 5 Pandai. Waktu pelajaran Bahasa Malaysia.

CIKGU: OK murid-murid. Hari ni cikgu nak tanya, ke mana hala tuju kamu selepas SPM. Kita mulakan dengan Leman. Leman, ke mana kamu nak pergi lepas keputusan SPM keluar???

LEMAN: Saya nak masuk USM Cikgu. Saya nak jadi Doktor.

ALI: Saya nak pergi UTM Cikgu. Saya nak jadi Engineer. Macam ayah saya.

ZANA: Saya ingat Cikgu. Saya tak nak belajar. Saya nak kerja terus dan tunggu orang masuk meminang. Sebab walau macam mana pun, perempuan tetap akan ke dapur Cikgu.

GUNA: Saya mahu teruskan perniagan ayah saya Cikgu. Jaga lembu. Saya nak besarkan lagi perniagaan ni.

ISMAIL: Saya pun macam Guna Cikgu. Tapi dalam bidang pertanian. Jadi saya rasa, tak payah lah saya nak belajar jauh-jauh.

CIKGU: Baiklah murid-murid. Itu semua cita-cita kamu. Cuma cikgu nak nasihatkan. Walaupun bidang kamu itu tidak memerlukan pelajaran yang tinggi, tak salah sebenarnya kamu nak sambung pelajaran kamu. Tak rugi pun. Sebab dalam hidup ni, kita sentiasa belajar. Tapi pandangan Cikgu, Cikgu nasihatkan kamu semua sambung belajar. Supaya kamu semua dapat kenal macam-macam ragam masa di Universiti nanti. Ia merupakan satu pengalaman yang seronok sebenarnya. Kamu akan lalui macam-macam. Yang susah kamu nak dapat di luar sana. Waktu belajar adalah waktu yang seronok sebenarnya. Nikmatinya. Cikgu yakin, apabila kamu semua dah habis belajar, Cikgu pasti kamu semua akan nak balik ke alam belajar semula. Ke alam sekolah. Alam universiti. Percayalah. Jadi, tak kiralah seorang doktor, seorang petani, seorang suri rumah atau apa saja. Pelajaran tu penting. Ingatlah murid-murid semua. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina. =)