CLICKS HERE!!!

Saturday 27 July 2013

Jodoh




Jodoh tu rahsia Allah S.W.T. Dan rahsia Allah S.W.T itu indah. =)

Wednesday 24 July 2013

Hati Kaca

"Apa kau buat tu?"
"Tak dek apa lah."
"HAHA! Aku nampak tu. Koyak lagi? Kali ni apa?."
"Kan dah ckp, tak dek apa."
"Betul ke? HAHA! Ok. Hm. Sampai bila nak jahit tu?"
"Selagi boleh tampal."
"Yelah sampai bila?"
"Aku pun tak tahu."
"Habis tu kenapa jahit lagi?"
"Kalau dia pergi, atlest aku ada benda nak bagi kepada yang datang, even dah tak elok sangat."
"=)(hanya sekuntum senyuman dilemparkan)."


Taklah teruk sangat. Not bad! 



Saturday 20 July 2013

Kisah 2 Hati.



Shahrul:  Awak. Saya nak cakap dengan awak something ni.
Fina:  Ye saya. Cakap jelah.
Shahrul:  Tapi saya risau awak terasa atau marah je.
Fina:  Eh? Macam serius je ni?
Shahrul:  Agaklah.
Fina:  Hm... Cakap jelah awak.
Shahrul:  Kita couple kan?
Fina:  Ha! Yelah. Kenapa?
Shahrul:  Saya tak niat tau nak kongkong awak.
Fina:  Ok. Lepas tu?
Shahrul:  Boleh tak awak jangan letak gambar lelaki lain?
Fina:  Ha? Tak faham. Apa maksud awak?
Shahrul:  Yelah. Kat FB ke, tweet ke, wechat ke, wasep ke, insta ke. Yang sewaktu dengannyalah. Tahukan?
Fina:  Oh! Kenapa pulak?
Shahrul:  Aduh awak ni.
Fina:  Awak jeles eh?
Shahrul:  Awak. Hm... Senang macam ni lah. Cuba awak bayang, kalau saya buat macam tu. Gambar happy dengan perempuan lain. Kat sosial network gitu semua. Awak akan rasa apa yang saya rasa kot. Saya tak niat nak kongkong awak. Awak nak bergambar, amik jelah. Tapi tak yah lah nak post2, share2 bagai. Ni tak, post. "Sepetang bersama kawan. Lepak tepi pantai. Makan ais-krim." Tunjuk gambar, siap edit lagi! Bapak ah! Dengan saya tak pulak buat macam tu.=(
Fina:  Alolo... Comelnya dia. Saya faham perasaan awak. Saya janji tak buat lagi. Nanti saya buat pasal kita ye.=)   
Shahrul:  Thank sayang.<3


*bolehkah semudah ini? HUHU.

Friday 19 July 2013

Happy Birthday!

HAHA!=D Umur saya dah 20 tahun. Saya dah besar! Kiki!=P




Tu kek saya! HUHU! TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KAWAN YANG WISH!(ceh! macam ramai je!) HIHI!

Monday 15 July 2013

Hargai

Terasa sunyi?
Tak.
Jangan rasa macam tu.
Sebab ada orang lebih sunyi daripada kita.
Jauh lebih sunyi daripada kita.
So jangan rasa sunyi! =)

Kita selalu nampak orang tu perfect.
Tapi sebenarnya tak!
Kita cuma tak pandai nak hargai apa yang kita ada.
Kita mula jeles dengan orang tu.
Sampai tak nampak benda depan mata.
Semuanya kabur.

Kita tak sedar.
Kita banyak orang nak kongsi masalah.
Tapi semua kita tak nampak.
Sebab apa?
Aku sendiri tak tahu.
Tapi...

Bersyukurlah!
Hargai mereka!
Walau kadang - kadang, atau selalu.
Korang terasa dengan dia orang. =)

Saturday 8 June 2013

Empty Mind

"HAHA! =D Lek ah! Jom ah lepak lu! Release tension! Malam panjang lagi. Hujung minggu la."

"Kau ni. Hari-hari happy je aku tengok. Kau tak pernah ada masalah ke?"

"Aku manusia biasa. Tetap ada masalah. Cuma aku positiv pada setiap masalah yang aku hadapi. Mungkin ada hikmah."



Yang buruk datang. Yang baik pergi. Yang baik datang. Yang buruk pergi. Itulah dunia. Sebab tu orang kata hidup macam roda. Hari ni kita menangis. Tak semestinya kita akan menangis sepanjang hari. Jangan bimbang. Biarkan air mata jatuh. Sebab sekejap lagi kita akan ketawa.=)

Apa yang kita ada. Tak perlu di muntahkan semua. Sebab yang sikit akan lebih di hargai. Ada yang kita tahu. Tak semua perlu di ucapkan. Sebab mungkin boleh bawa padah. Cukup dengan pandangan. Kita tahu. Dia ada. Cukup dengan gambar. Bukti segalanya. Cukup dengan kenangan. Mampu tersenyum lebar.

Aku takut bila berdepan. Sememangnya di lahirkan begini. Ego tinggi. Meracun diri. Tapi aku tahu. Masa akan tiba. Hanya bersabar. Dan ia sudah muncul. Walau mata tidak berjumpa. Kenangan sememangnya indah jika di kongsi dengan orang yang ingin berkongsi.


p/s: Jangan takut. Buat bila rasa betul. =)

Friday 7 June 2013

1 vs 9

"Awak. Sudi tak awak terima saya? Segala kelebihan dan kelemahan saya? Sudi tak awak jadi permaisuri dalam hidup saya?"

Huh!

Lelaki, mudah meluahkan cinta. Jauh sekali menghargai. Apakah lelaki sebenarnya tahu apa itu cinta? Apakah lelaki faham apa itu cinta?

Cinta bukan terucap di mulut. Cinta tak dapat di luahkan. Apa yang di luahkan ialah nafsu semata-mata. Nafsu yang mula menguasai diri. 1 berbalas 9. Yang 1 tetap bermaharajarela.

Sungguh manis ucapannya. Sehingga yang 9 rebah tiada seurat benang. Yang 9 berejam lamanya. Berhari. Bertahun. Tetapi yang 1. Yang hanya 5 minit. Tetap menjadi raja. Raja segalanya.

Apa yang 1 mahukan sebenarnya? Nafsu semata-mata? Tidak jawapannya. Jika yang 1 hanya bernafsu. Yang 9 akan susah hati. 1 akan sayang yang 9. Kerana yang 9, tetap 1.

Walaupun 1 mampu untuk yang 4 9. Tetapi percayalah. Yang 9 bagi setiap 1. Cukup sayang 1 untuk 9.

Insyaallah. =)    

p/s: tiada niat untuk 1 ini ada 4 9. Hanya sekadar coretan.


Tuesday 4 June 2013

Aku nampak aku

Assalamualaikum cik. Saya nak mintak sign RPK. Duty 3, Task 3.01. Ha kat sini cik. NCS sekali cik. Ni bukti-bukti semua. Semua dah lengkap. Tarikh last 4/6/2013 cik. Ok. Terima kasih cik. =)

Assalamualaikum cik. Nak mintak sign lah cik. RPK. Duty 4 cik. Subject QC. Kat sini cik. Bukti semua cukup. Tarikh semua dah tulis. Ha ok. Nanti saya tulis balik dengan pen. Terima kasih cik.

(hp berdering):
Weyh! Cik dah ada kat bengkel tu. 

(meniti anak-anak tangga untuk turun ke bengkel)

Setiap anak tangga terasa sangat jauh. Bagaikan satu hari lamanya. Setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik aku berada di sini. Sedar tak sedar, dah dua tahun setengah aku di sini. Macam-macam jadi. Suka. Duka. Semua. 

Aku duduk di satu penjuru. Aku nampak aku. Masih baru di sini. Masih setahun jagung. Masih berkenalan antara satu sama lain. Sama-sama suka. Riang. Tawa. Sama-sama belajar erti hidup. Liku-liku di dunia.

Aku nampak aku. Menunggu pensyarah hadir memulakan kuliah. Aku nampak aku. Tido di dalam kelas. Lalai. Main-main. Gelak bersuka ria. Kacau kawan. Main hp. Aku nampak aku. Meniru ketika kuiz. Ujian. Mahupun final sendiri.

Aku nampak aku. Melangkah gembira naik ke pentas. Mengambil sijil dekan setiap sem. Aku nampak aku. Senyum di dalam kepuasan dunia. Aku nampak aku. Menghitung hari. Untuk pergi ke tempat baru. Tempat yang lebih mencabar. 

Aku bertanya aku. Adakah mampu menghadapi kebuasan dunia. Adakah sudah bersedia. Aku nampak aku. Yang tidak tahu apa yang kunjung tiba. Aku nampak aku. Yang masih tidak mempunyai apa pun tika ini. 

Di mana aku?

p/s: Hidup kena teruskan. Follow the flow. 

tik tok tik tok! Daa~   

Friday 3 May 2013

Cuti

Esok tak dok kelas. Dah tido. Tapi terjaga pulak. Mungkin sebab tido lama sangat petang tadi. What to do... Call malling my DEAR. The only ONE BABY. Pok pet pok pet. Aku mampu bersyarah. Macam BUDAK SASTERA kau. Tapi bila depan CAMERA. Hancus. Tergamam. Hilang kata. So proses aku nak VIDEO tergendala. NO POINT TO TALKS. BIG SOORY TO ALL MY FANS! Kehkeh. Even taklah SEHEBAT dengan orang yang dah hebat mabat. Tapi still orang bertanya. "Hey Am! Mana VIDEO baru?" "Hey am! Dah ada VIDEO baru Jangan lupa bagi tau." Even aku tgah berjalan di mana-mana pun, "DEJAVU!!!" Ouh DAMN! HAHA!!! Maybe satu RESPON yang POSITIVE. I THINK SO. SO TO ALL MY FANS! Aku akan teruskan. Akan datang dengan POINT yang OK. I THINK SO. HUHU.

Huargh!!! Tak boleh tido. Jam dah pukul 4pagi. Mata masih CELIK. Teringat SI DIA. "Hey! Dah tido ke? I MISS U A LOT!". KIKI. Hm... Korang tgok tak RUNNING MAN? Aku suka! HUHU. Kenal KIM JONG KOK tak? Sapa tgok, mesti kenal. Dia ni kuat. Bijak. Dan majoriti dalam setiap episod, orang nak dia OUT dulu. Macam tak BEST jugak. Tapi kalau dia tak OUT dulu, peluang dia nak menang memang BESAR. So, aku rasalah kan, apa kata dia make a deal with someone dalam RUNNING MAN tu agar BEKERJA dengan dia. Last sekali, bila dia dah menangtu, hadiah bagi kat orang yang BERKOMPROMI dengan dia uh. Ha... Boleh tak? Macam susah kan? Sebab dalam RUNNING MAN, tak boleh caya sapa-sapa. HAHA! Susah betul. Tapi aku rasa dia rancangan yang BEST. Boleh tak MALAYSIA buat jugak cite ni? Waa... Boleh eh? HUHU.

p/s: HOPE FOR RUNNING MAN MALAYSIA!!!

Sunday 28 April 2013

Teringin

Setiap KEINGINAN bermula dengan langkah pertama!
Bermula dengan langkah yang kecil!
Daripada meniarap, mula merangkak, mula bertatih, mula berlari dan akhirnya berlari.
Tak ada sorang pun yang bermula daripada puncak.
Semua bermula daripada bawah.
Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, alam pekerjaan.
Jadi usaha tu lif kejayaan.

Tapi kita ingat juga.
Hidup ibarat roda.
Bukan selalu kita berada di atas.
Kita kena bersedia. 
Kerana bila-bila masa kita boleh berada di bawah.

Kesimpulannya! 
Kalau korang ada rasa nak buat sesuatu.
Yang tidak mendatangkan keburukan.
Yang tidak mendatangkan masalah.
Yang korang rasa betul. (even kena kutuk)
Jadi buatlah.
Jangan takut!
Sebab kalau tak buat, kita tak tahu.

Nak berniaga? GO! (Takut rugi? Bukan sampai sudah rugi kawan)
Nak buat video? GO! (Kena kutuk? Terima je)
Nak ngorat gadis? GO! (Yang dah ada pasangan, jangan nak gatal!)
Nak try sesuatu yang baru? GO! (Tapi boleh ke? Of course boleh!)


good luck! =D

Friday 19 April 2013

Eh? Kuantan?

Ha! Aku kat Kuantanlah! Magickan?Kejap kat Penang, kejap kat Kuantan. Macam main-main je. Kehkeh. Well. Kuantan tetap tenang bagi aku. Mungkin tak payah fikir pasal apa pun. Aku tak kesah kalau aku tak dok duit. Aku tak kesah nak pergi mana je yang aku suka. Tanpa tujuan. Tak kesah nak makan apa pun. Buat apa pun. Semua kat Kuantan. Wah!!! Serius best. Dalam poket ada RM5 je. Tapi merata aku pergi. Aku tak kesah pun. HIHI. Merata aku pergi. Tapi kalau tanya pergi mana, aku sendiri tak tahu. Kiki.

Aku berjalan sini sana. Jumpa kawan lama. Yang dari sekolah rendah. Naik sekolah menengah. Tak kesahlah SMART atau TEKNIK. Semua aku jumpa. Aku memandang kalian kalian. Tapi mereka tak perasan. Hey you all! Tak kenal kita IJAL ke? HAHA! =D Aku jumpa Cikgu jugak. Baik dari SMART atau dari TEKNIK. Tapi dia orang tak ajar aku. Aku hanya senyum kepada mereka. Kalau Cikgu yang ajar aku pun tak ingat akan aku. Apatah lagi Cikgu yang langsung tidak pernah mengajar aku. Kiki.

Aku tak kesah pun. Tapi kalau aku nampak mereka dalam kesusahan. Aku akan menolong mereka. Menolong apa yang termampu. Insyaalah. Kiki. Aku pernah kot tolong Cikgu SMART! Nama Cikgu tu IRENE TAN. Kalau tak silap akulah. Cina perempuan. Cikgu ni naik moto HONDA C70. Dia ajar MATH. Dia pernah ajar aku kot. Seminggu jelah. HAHA! =D OK apa. Seminggu pun. Dia berjasa kot pada aku. HUHU. Moto dia rosak. Gear lekat! Sian dia. Aku pun tolonglah tolak motor dia, sampai kedai moto. Dengan keadaan menolak kebelakang! Fuh! Berpeluh gak lah! HOHO! Tapi aku seronok. And of course dia tak kenal aku. Kiki.

Sedang seperti ribut ku memacu jentera Ex-5 ku, aku ternampak kawan aku semasa TADIKA! Amirul Arif (BOB) Hey! Aku tak tau lah dia nampak aku ke tak. Sebab dia dah maju sekarang. Naik TOYOTA AVANZA kau! Fuh! Tahniah. Tahniah. Even dia tak nampak aku. Tapi aku nampak dia. HUHU. Jalan kat Sekilau. Eh? Rumah "Azrul"(DON) ke tuh? Aku pun sesuka hati meng-U-turn motor ku. Dan. Wow! Cantiknya rumah dia! Dia punya anjung diselimuti kaca. Ada "mini garden" kat dalam rumah dia. Wah... Jelesnya. Dia lagi maju sekarang. Naik "Wolkswagen POLO" wei!!! Fuh! Best. Best. Best.

Terus memecut Ex-5 aku. Matahari dah nak balik. Datang Bulan untuk menganti. Azan berkumandang. Aku tiba di bawah rumah. Menghabiskan sisa-sisa "ice blended". Dah cair. Kemanisannya sudah tiada. Aku buang. Buka pintu rumah. Assalamualaikum. Terlihat kedua muka ayah dan ibu ku. Tersenyum lebar. Walau pun rumah tidak sebesar rumah Azrul Don. Walaupun kereta tak sebesar kereta Bob. Walaupun ramai yang dah tak kenal diri ni. Tapi aku tetap aku. Tetap aku yang berdiri di sini. Tetap aku anak kepada mereka berdua. Alhamdulillah.

ps: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. =)    

Sunday 14 April 2013

Heaven 2!!!





Apa sudah jadi meh dengan HEAVEN aku ni?
Argh!!! 
TIDAK!!! 
KECELARUAN mula menghantui.
Langkah demi langkah.
Hari demi hari.
Mengejar tarikh "FINAL YEAR PROJECT".
Menanti tarikh submission PORTFOLIO.
Menunggu debaran tempat PRAKTIKAL.
Menghadapi buku-buku, kertas-kertas.
Segala TEST dan QUIZ.
Kehangatan pelajar TAHUN AKHIR mula terasa.
(belagak tahun akhir)
HIHI.

Apa

Apa yang datang kepada kita.
Kita terima ia seadanya.
Kerana belum pasti ia akan datang pada hari berikutnya.

Apa yang pergi daripada kita.
Biarkan ia pergi.
Kerana belum tentu ia tidak akan datang kepada kita pada esok hari.

Apa yang ada pada kita.
Hargainya secukupnya.
Kerana mungkin itu yang terbaik buat kita.


Saturday 23 March 2013

Ashra

Kenapa ASHRA?
ASHRA merupakan GABUNGAN huruf di dalam nama aku sendiri.
Nama ni aku REKA sendiri!
Ada kata macam nama PEREMPUAN.
Ada yang kata nama aku GABUNG dengan "someone".
Jawapannya TAK!
Nama aku SEORANG.
Dan aku REKA sendiri.
Macam PEREMPUAN?
TAK LAH! =D
Amirul ShaHRizAl.




Thursday 21 March 2013

Lamborgini

Lamborgini(sejenis kereta)  memang mahal.
R1(sejenis motor) pun mahal.
Harga dua benda ni, mencecah ratusan ribu dan jutaan ribu.
Ringgit Malaysia ye, bukan RUPIAH!
Tapi sebenarnya, semua orang mampu beli Lamborgini dan R1 tu.
Tak percaya?

Kita buktikan. mula-mula orang yang beli benda tu semua.
Orang yang beli semua benda tu, dia akan kurang makan.
Kelengkapan barang-barang dia tak cukup.
Apa pun tak dok lah!
Lepas tu menyusahkan orang.

Tapi kalau orang yang tak beli semua tu.
Dia akan cukup makan. Buktinya, GEMUK.
Barang keperluan dia cukup.
Dia ada minyak rambut, dia ada deodren, bedak lagi, pen dia ada banyak, marker pen ada, liquid ada, pemadam ada, pembaris ada,  pensel box besar, cukuplah semua!
Cuba bayang, bila barang dia hilang, dia akan beli yang baru.
Kalau 10 kali hilang? Ha! Berapa dah?
Kalau kumpul-kumpul. Senyum je nak beli Lamborgini and R1 tu.

So kesimpulannya!
Siapa yang lebih kaya?
Fikirlah!

Wednesday 20 March 2013

Semakin

Semakin kita RAPAT dengan seseorang.
SEBENARNYA,
Semakin kita tidak MENGENALI SESEORANG itu.



Saturday 16 March 2013

Macam

Macam kita ada dalam FAMILY tu.
Tapi TAK.
Macam kita ada dalam GENG tu.
Tapi TAK.
Macam kita ada dalam DIRI SESEORANG tu.
Tapi TAK jugak.
So macam mana?
Hm...
Macam mana apa? 
Aku SENDIRI tak tahu.



Tuesday 22 January 2013

Heaven!!!

Semester baru. Bilik baru. Design baru. Susun barang baru. Kiki.
Bilik tuk semester akhir ni. Agak ah heaven! Aku suka. Ada privacy tersendiri.
Wah.Wah.Wah.





Memandangkan ia cuma bilik seorg bujang. So tak heran lah kan kalau bersepah sikit. Kiki. =P Ok lah tuh kemas mcm tuh! Nak kemas mcm mana lagi kan. HIHI. =P

Monday 7 January 2013

Orang Gila ------


"Untung dia dapat orang gila macam kau. HAHA! =D"

"Weh! Aku tak gila lah! Hurm. Kenapa untungnya dapat orang gila? Mana ada orang nak orang gila meh!" 

"Sebab orang gila boleh terima kita seadanya. Dia boleh sayang kita lebih dari manusia normal sayang kita. HAHA! =D Tak cukup untung ke tu awak? =)"

"HAHA! =D Banyak ah kau! Hurm. Tapi aku kuat jeleslah!"

" Sebab kau gilalah kau kuat jeles. HAHA! =D Awak tak yah takut hilang dia dan jeles tak tentu pasal. Sebab kalau awak ikat dia macam mana pun, kalau dah tertulis dia bukan milik awak. Maka dia tetap bukan milik awak. =) Awak tak yah amek tau hal dia pun. Dia datang. =) Saya tahu jeles maknanya tak nak hilang. Tapi kebanyakkan org, sebab jeles sangat la dia kehilangan . Faham?"

"Terima kasih doktor cinta. <3" 



*Mari ramai - ramai jadi orang gila! KiKi! =D

Tuesday 1 January 2013

2013

2012 berlalu sudah! Yipeii! =D
Tapi saya masih 19 tahun OK.
Tak cukup bulan lagi! =P


2013 dah kunjung tiba! 
So, apa yang bakal terjadi?
Bagaimanakah?
Bolehkah?
Apakah?
Kah! Kah! Kah!
We'll see! =D