CLICKS HERE!!!

Wednesday, 20 August 2014

Stylo lah kot?


Fuh! Rasa nak pakai cam ni lah! Tapi tak over ke eh? Nak pergi tgok wayang. Boleh? HAHA!=D Aku rasa over. But for some people. It is ok. Benda yang kait dengan style ni kita kena berani je. Lau rasa tak berani, pergi cari keberanian dulu. HAHA!=D Harap ada dinner, yang boleh aku pakai gini! Keke!=P

*sibuk nak berstyle jugak!


Sunday, 17 August 2014

Hubungan

Dalam hubungan ni kan. Lelaki ni macam lembab sikit lah dari perempuan. Sebabnya kan. Lelaki ada sembilan akal. Dan perempuan ada satu je akal berbanding lelaki. So disebabkan terlalu banyak akal yang lelaki ada ni, menyebabkan para-para lelaki ni tak nampak aw benda yang paling simple. Kira bagi lelaki ni, "alah benda kecik je ni". Tapi lelaki ni tak tahu yang benda kecik nilah yang para-para gadis rasa, "aw sweetnya...". And kalau dia tahu pun, dia akan ingat untuk satu jangka masa pendek. Tu dah macam lumrah aw. Means perempuan ingatkan lah macam mana pun, sampai masa lelaki akan lupa. Dan disebabkan sembilan akal ni juga, lelaki akan terkesan dengan ayat yang paling simple daripada seorang gadis. So gadis-gadis, "watch out with your words!". Nampak ayat yang gadis uh cakap, "alah sikit je kot? cm tu pun nak terasa?". Ha... Nampak sikit, tapi bagi lelaki? Mungkin dia akan ingat sampai mati aw. Cayalah! So kat sini dah nampak keadilannya. Allah tu maha bijaksana aw. Sebab uh DIA jadikan manusia ni saling berpasang-pasangan. Saling melengkapi antara sau sama yang lain.

Hm... Tapi bukan semua bab lah lelaki ni lembab. Ada je dia cepat. Dia dah tahu, tapi saja buat tak tahu. Mungkin saja nak tgok pasangan dia. Uji ke? Entahlah. Atas laki tulah cana. So masa ni, perempuan kena tepi kan sikitlah ego. Buat lek je. Just bagi tau balik. Bagi tahu bagi tahu dan terus bagi tahu. Sebab ni salah satu cara lelaki bermanja aw. Nampak kecikkan? HAHA! Tapi kesan dia? Pernah gadis-gadis tahu? HUHU. Dan satu lagi. Laki ni bese ah ego tinggi. Bila puan bagi ayat2 cintan, mula ah si laki nak kutuk2. Jiwang lah. Apalah. Kadang2 tu boleh sakitkan hati puan uh. Setuju tak cewek2? HUHU! Bila gadis2 menghadapi kes cm ni. Jgn segan aw cakap lagi. Sebab sebenarnya si laki ni suka je. Di punya dalam hati uh berbunga2 korng tak tahu. Lau kat awan tu, entah ke manalah pergi nya tuh! HAHA!=D Kira korang kena carik jalan, mcm mana nak terbalikkan keadaan ni. Kira win to win situation lah!(betul ke tuh?) So korang cewek2, pandai2 ah tackle laki masing2! Lagi2 kalau dah kawen uh!    

And sebagai perempuan pulak. Korang ada hak jugak aw! Yelah. Mana aci kan laki je nak menang! OK aku bagi contoh. Konon ah gadis2 dapat laki yang jenis malas pujuk. Ha ni susah! Korang kena belajar cara untuk mintak di pujuk aw! But indirect way! Ha... Tak leyh direct mintak pujuk. Sebab nanti laki uh malu aw. Serius ni serius. Nak belajar cara dia? Aku pun tak tahu. GAdis2 google ah! Tapi yang paling penting! Indirect! And bila laki korg uh dah start nak pujuk2. Korang pun jgn ah tekan 101% terus! Slow2 ah! Biar dia belajar pujuk sikit2 dulu. Kira minggu ni merajuk sikit. Dia pujuk, korg pun jgn ler jual mhal sngt awal2. KOrang fhm kan mksd aku? Then bila dia dah pndi pujuk. Ha merajuk ah korng! Tapi nasihat aku! Jangan merajuk lama sngt! Nnt laki uh mcm menyampah lak aw. Agak2 ah! Tapi tuk kes yang besar. Hm... No komen.

Mungkin cm berat sebelah entry ni. Tapi yang mana korng rasa boleh terima, amik jadi kan pedoman. Yang tak boleh! Buang! OK fhm murid2?=D

*ttbe jadi doktor cinta? HAHA! 

Thursday, 14 August 2014

21 tahun

Dah 21 tahun. Apa yang aku dah capai? Hm... Adalah sikit. Dah ada kereta, motosikal, baju-baju lawa sikit. Rasa dah besar sikit. Gajet sikit. Tapi aku ada PSP je. OK lah tu kan. Saving pun ada sikit. Untuk usia aku. OK ah kot aku rasa. HAHA!=D Syukur alhamdulillah. =) Oh lupa! Aku dah ada Diploma. Bulan depan nak masuk degree. Tapi Isnin ni SPA kuar! Aku harap dapat. Macam malas nak belajar. HAHA!=D UPU tak dapat. Sedih sikit. Aiceh! Rilek sudah ek. 

Apa yang aku nak? Aku pun tak tahu apa yang aku nak! Yang aku pasti nak! HAHA!=D Sebelum tido. Ngok ngek ngok ngek dengan bini. Ngok ngek ngok ngek uh maksud dia bersembang OK! Bukan yang tu! Susah budak zaman sekarang ni. Kena details. HAHA! Umur baru 21, tapi dah gatal nk nikoh! HAHA!=D Entah lah. Best lah aku rasa! HAHA!=D Bila entah dapat. Hm... HUHU. Macam tak terfikir pun nak life cana. Nak rumah besar ke, kereta besar ke. Mungkin belum lagi ah kot. HAHA!=D Tunggu jelah. 

Kita ni kan, boleh pandang ke depan. Tapi lau boleh, jangan ke depan sangat. Sbb nnt dia akan jadi bnyk negatifnya. Sbb bnda kita tak nmpk ni, complicated aw. Kita akan fkir banyak kemungkinan. Lau kita fikir uh bnyk positif, tak pe. Tapi lau negatif. Hancus! HAHA!=D So nasihat aku lah. Daripada seorang lelaki yang konon matang. First! Apa yang kena buat. Buat dulu. Contoh? Pandai2 ah korang. Lain orang lain pemikiran dia. 

So bila kau dah settle kan benda yang kena buat lu. Beban uh cm kurang sikit aw. Ha... Lepas uh baru korang fikir apa. Then apa. And apa. Tapi jangan jauh sangat! Aku rasa kan. Maksimum dua tahun ah korang plan ke depan. Ha... Ingt! Jangan jauh sngt. Sebab bila jauh-jauh sngt kan. Korang akan jd berangan aw. Then mula ah korg main2. So aku cdg kan dua tahun kedepan. Faham? HUHU. =P

XOXO-Daa~

*motif? Entah. Aku pun tak tahu. Pandai-pandai ah korang cari isi hasil karya aku ni.=P