CLICKS HERE!!!

Sunday 28 April 2013

Teringin

Setiap KEINGINAN bermula dengan langkah pertama!
Bermula dengan langkah yang kecil!
Daripada meniarap, mula merangkak, mula bertatih, mula berlari dan akhirnya berlari.
Tak ada sorang pun yang bermula daripada puncak.
Semua bermula daripada bawah.
Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, alam pekerjaan.
Jadi usaha tu lif kejayaan.

Tapi kita ingat juga.
Hidup ibarat roda.
Bukan selalu kita berada di atas.
Kita kena bersedia. 
Kerana bila-bila masa kita boleh berada di bawah.

Kesimpulannya! 
Kalau korang ada rasa nak buat sesuatu.
Yang tidak mendatangkan keburukan.
Yang tidak mendatangkan masalah.
Yang korang rasa betul. (even kena kutuk)
Jadi buatlah.
Jangan takut!
Sebab kalau tak buat, kita tak tahu.

Nak berniaga? GO! (Takut rugi? Bukan sampai sudah rugi kawan)
Nak buat video? GO! (Kena kutuk? Terima je)
Nak ngorat gadis? GO! (Yang dah ada pasangan, jangan nak gatal!)
Nak try sesuatu yang baru? GO! (Tapi boleh ke? Of course boleh!)


good luck! =D

Friday 19 April 2013

Eh? Kuantan?

Ha! Aku kat Kuantanlah! Magickan?Kejap kat Penang, kejap kat Kuantan. Macam main-main je. Kehkeh. Well. Kuantan tetap tenang bagi aku. Mungkin tak payah fikir pasal apa pun. Aku tak kesah kalau aku tak dok duit. Aku tak kesah nak pergi mana je yang aku suka. Tanpa tujuan. Tak kesah nak makan apa pun. Buat apa pun. Semua kat Kuantan. Wah!!! Serius best. Dalam poket ada RM5 je. Tapi merata aku pergi. Aku tak kesah pun. HIHI. Merata aku pergi. Tapi kalau tanya pergi mana, aku sendiri tak tahu. Kiki.

Aku berjalan sini sana. Jumpa kawan lama. Yang dari sekolah rendah. Naik sekolah menengah. Tak kesahlah SMART atau TEKNIK. Semua aku jumpa. Aku memandang kalian kalian. Tapi mereka tak perasan. Hey you all! Tak kenal kita IJAL ke? HAHA! =D Aku jumpa Cikgu jugak. Baik dari SMART atau dari TEKNIK. Tapi dia orang tak ajar aku. Aku hanya senyum kepada mereka. Kalau Cikgu yang ajar aku pun tak ingat akan aku. Apatah lagi Cikgu yang langsung tidak pernah mengajar aku. Kiki.

Aku tak kesah pun. Tapi kalau aku nampak mereka dalam kesusahan. Aku akan menolong mereka. Menolong apa yang termampu. Insyaalah. Kiki. Aku pernah kot tolong Cikgu SMART! Nama Cikgu tu IRENE TAN. Kalau tak silap akulah. Cina perempuan. Cikgu ni naik moto HONDA C70. Dia ajar MATH. Dia pernah ajar aku kot. Seminggu jelah. HAHA! =D OK apa. Seminggu pun. Dia berjasa kot pada aku. HUHU. Moto dia rosak. Gear lekat! Sian dia. Aku pun tolonglah tolak motor dia, sampai kedai moto. Dengan keadaan menolak kebelakang! Fuh! Berpeluh gak lah! HOHO! Tapi aku seronok. And of course dia tak kenal aku. Kiki.

Sedang seperti ribut ku memacu jentera Ex-5 ku, aku ternampak kawan aku semasa TADIKA! Amirul Arif (BOB) Hey! Aku tak tau lah dia nampak aku ke tak. Sebab dia dah maju sekarang. Naik TOYOTA AVANZA kau! Fuh! Tahniah. Tahniah. Even dia tak nampak aku. Tapi aku nampak dia. HUHU. Jalan kat Sekilau. Eh? Rumah "Azrul"(DON) ke tuh? Aku pun sesuka hati meng-U-turn motor ku. Dan. Wow! Cantiknya rumah dia! Dia punya anjung diselimuti kaca. Ada "mini garden" kat dalam rumah dia. Wah... Jelesnya. Dia lagi maju sekarang. Naik "Wolkswagen POLO" wei!!! Fuh! Best. Best. Best.

Terus memecut Ex-5 aku. Matahari dah nak balik. Datang Bulan untuk menganti. Azan berkumandang. Aku tiba di bawah rumah. Menghabiskan sisa-sisa "ice blended". Dah cair. Kemanisannya sudah tiada. Aku buang. Buka pintu rumah. Assalamualaikum. Terlihat kedua muka ayah dan ibu ku. Tersenyum lebar. Walau pun rumah tidak sebesar rumah Azrul Don. Walaupun kereta tak sebesar kereta Bob. Walaupun ramai yang dah tak kenal diri ni. Tapi aku tetap aku. Tetap aku yang berdiri di sini. Tetap aku anak kepada mereka berdua. Alhamdulillah.

ps: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. =)    

Sunday 14 April 2013

Heaven 2!!!





Apa sudah jadi meh dengan HEAVEN aku ni?
Argh!!! 
TIDAK!!! 
KECELARUAN mula menghantui.
Langkah demi langkah.
Hari demi hari.
Mengejar tarikh "FINAL YEAR PROJECT".
Menanti tarikh submission PORTFOLIO.
Menunggu debaran tempat PRAKTIKAL.
Menghadapi buku-buku, kertas-kertas.
Segala TEST dan QUIZ.
Kehangatan pelajar TAHUN AKHIR mula terasa.
(belagak tahun akhir)
HIHI.

Apa

Apa yang datang kepada kita.
Kita terima ia seadanya.
Kerana belum pasti ia akan datang pada hari berikutnya.

Apa yang pergi daripada kita.
Biarkan ia pergi.
Kerana belum tentu ia tidak akan datang kepada kita pada esok hari.

Apa yang ada pada kita.
Hargainya secukupnya.
Kerana mungkin itu yang terbaik buat kita.