CLICKS HERE!!!

Thursday 30 August 2012

INI HARI KU...


Hari ni habis kelas awal. Petang dah tak dek kelas. Jadi kebosanan yang teramat buat seketika. Petang plan nak keluar. Lepas asar macam tu, aku keluar dengan dua org kawan aku. Plan nak buka puasa luar lah! Puasa enam. Aku pun nak cari barang-barang sikit. Aku mcm biasalah, naik kenderaan yang aku ada. NISSAN SUNNY. Warna putih. Kereta ni baru cat tau. Aku suka cat baru ni. Nampak lebih style. Kereta ni ayah aku punya lah! HUHU. TERIMA KASIH AYAH. (BODEK. HEHE)

INI KENDERAAN AKU. =)
Petang-petang kat Penang, biasa jalan memang sesak. Jadi kereta pun separuh merangkak. Destinasi pertama, PACIFIC. Dalam 30minit gitu lah sampai. Aku pun cari parking. Dah parking, tiba-tiba ada org minta duit parking. Aku pun pelik. Aku tanyalah sejak bila ada kutip duit parking ni. Dan-dan dia ckp, dia dah 8 tahun jaga parking kat situ. Aku pun jadi pelik. Pada hal aku dah biasa parking kat situ. Selama aku parking kat situ, tak pernah pulak ada org minta duit parking. Aku pun malas cara. Aku bayar je. Mujur RM2 je. Cuma aku tak puas hati, cara dia minta tu. Mcm gangster! Geram aku! Burr...

Jalan-jalan kat PACIFIC. Mula-mula OK lah. Ada tujuan. Nak cari barang. Cari-cari barang. Dah settle semua. Bosan dah. Tak tau nak pergi mana. Nak berbuka pun lmbt lagi. Jadi kita org jalan jelah tanpa hala tujuan. Tengok baju. Seluar. Kasut. Semua lah tengok. Tapi tak beli pun. Cuci mata je. HUHU. Keadaan agak tenang. Org pun tak ramai. Tak serabut. Biasa serabut. Biasalah hari bekerja mcm ni. Jalan punya jalan. Fuh!!! Penat jugak! Kita org pun tak banyak ckp. Tak bermaya je. Nak bergambar pun tak larat. Dalam 6.30 mcm tu, kita org pergi JUSCO pulak. 

Kat JUSCO pun sama lah. Jalan nak tak nak je. Memang tak dok tujuan. Kita org cuma tunggu masuk waktu je. Masa nak berbuka tu, kita org plan nak beli air. Untuk berbuka. Nak Solat Maghrib dulu, baru makan. Pergi lah kedai. Aku ingt nak beli air sorg satu. Last2, beli sekotak je. Air manggo. Layan jelah. Lg pun nanti nak mkn gak. Lepas beli tu, kita org duduk kat kerusi. Tunggu nak berbuka. Hari ni berbuka jam 7.28. Jam aku memang jam surau. Memang boleh di percayai. HOHO!!! Masa masuk waktu tu, kita 3 org tadah tgn baca doa sama2. Org tgh lalu lalang. HAHA! =D Kelakar je rasa. Lepas tu, minum lah air kotak tu sorg sikit. Kongsi-kongsi. Aku rasa mcm, 'wah...' Sweet giler untuk lelaki buat mcm tu. HAHA! =D BEST rasanya!!! HAHA!!! Kita org pun pergilah Solat Maghrib. Lepas solat tu mcm dapat tenaga baru, jalan pun cepat je. HAHA!!! Sebenarnya dah lapar sngt! HOHO!!! 

Sampai kedai makan, kita org pun order. Aku memang dah set nak melantak giler. HAHA! =D Aku dah lama tak makan kat situ. Masa mula-mula duduk penang, selalu jugak makan kat situ. Dah jadi mcm benda wajib setiap minggu dengan semua classmate. Lepas tu dah lama duduk Penang, jumpa tempat baru, De Pauh Garden. So kita org pun berubah angin. Tapi hari ni, aku terasa nak makan kat tempat lama pulak. Nama kedai tu BM Tom Yam. Kita org pun order. Teh 'O' Ais 1, teh 'O' ais limau 1, teh ais 1 dengan air suam. Makan lak, Nasi putih 3, tom yam cmpur 1, tom yam ayam 2, maggi goreng, mee bandung, daging masak paprik. Perh!!! Banyak kan??? Tapi tak cukup lagi kot!!! HAHA!!! Tambah lagi nasi putih 2 pinggan dgn air teh 'O' ais 2 cawan lagi. HAHA!!! memang banyak. Penuh meja tu!!! Pada hal 3 org je makan. HAHA!!! =D 

Masa pergi bayar, Cashier tanya meja nombor brapa. Meja kita org nombor 11. Dia pun buka bil. Cashier tu terkejut dengan Makanan kita org!!! HAHA!!! =D Dia tak percaya kita org mkn smpi bnyk mcm tu. HAHA!!! Total makan untuk 3 org. RM43.80. Memang banyak makan. Tapi aku puas hati lah makan kat situ!!! Sedap!!! Berbaloi. Tapi mak aku masak sedap lagi lah!!! (BODEK MAK AKU PULAK! HEHE)
Cuma yang tak bestnya, tak dok gmbr kita org. HAHA!!! Tak larat nak tangkap. Perut penuh sangat. HUHU... Maybe next time. Time semua adik-beradik (classmate) aku kat Penang ada sekali. Baru meriah sikit!!! HOHO!!! 

Tuesday 28 August 2012

Sunday 12 August 2012

DIA SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..

Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih,
ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak!!! 

"sudah diberitahu! jgn mi...num ais!".
Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. 
Ayah dgn tegas berkata "TIDAK BOLEH!!!"..
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? 
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yg sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. 
Maka kita telah melangar kpercayaan nya...
Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..                Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.
Tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Ayah lah yang akan memenuhi segala yang telah di janjikan untuk kejayaan kamu...

Ketika sampai jodoh kita, datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..

Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..
Dan akhirnya..
Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..
Ayahpun tersenyum bahagia..
Tapi apakah kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..

Dan diapun berdoa 

"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita,

bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..








* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...







Monday 6 August 2012

GAGAHNYA SEORANG LELAKI

Lelaki GAGAH!!!
SETUJU ye semua...
TAPI...
segagah mana lelaki tuh???

MARI KITA LIHAT:
1) Mampu jadi Ketua Negara di Sebuah Negara Maju
2) Seorang Agung Yang di Segani
3) Seorang Raja Yang di Hormati
4) Seorang Imam Yang Bertakwa
5) Seorang Ketua Keluarga Yang Bertanggungjawab
6) Seorang Bapa Yang Tegas
7) Seorang Askar Yang Berani
(YANG LAIN CARI SENDIRI!!!)

Nampak tak betapa gagahnya seorang lelaki???
HEBAT!!!
Memanglah dah ramai PEREMPUAN boleh buat kerja lelaki...
TAPI hakikatnya...
PEREMPUAN tetap seorang PEREMPUAN....
HUHU... (",)

Selalu nampak lelaki MENANGIS???
JARANGKAN...
GAGAH lah maknanya tu!!!
Tak dapat di nafikan!!!
Memang dah terbukti!!!

TAPI........
SeGAGAH mana pun seorang lelaki...
SeHEBAT mana pun dia...
SeGARANG, SeTEGAS, SeBENGIS, semua Se lah!!!
BELAKANG seorang LELAKI adanya seorang PEREMPUAN...
PEREMPUAN yang MENEMANINYA setiap masa... =P

Gugurnya air mata PEREMPUAN miliknya...
Hilang semua KEEGOAN dalam diri...
Mulanya RENGEKKAN PEREMPUAN miliknya...
Pasti di tunaikan...
Hilangnya PEREMPUAN di sisi...
Bercucuran air mata jatuh ke bumi...

So sekarang!!!
Siapa yang GAGAH???
HAHAHA!!! =D



(*BAGI SAYA LELAKI TETAP GAGAH!!! =P)

Thursday 2 August 2012

I LOVE YOU SO MUCH!!!

bercinta semua indah!!!
kentut pun wangilah!!!
lek jerh bagi...
berdas-das...
prot!!! pret!!! puit!!!
wangi kot... mana ada busuk...
couple giler lagi....
lawan kentut.... TAK BUSUK BRO!!!
BAHANA CINTA...
KENTUT pun wangi...
org kiri kanan bagai nak RAK tahan nafas...

nampak tak???
seronok kan???
ha... yang seronok...
yang tak seronok???
tak dek ke???
tak kan kot...
mesti ada....
ha....

tak kesah lah kan...
tu hal rumah tangga masing-masing...
(KONON... KAWEN PUN BELUM. BARU COUPLE. SEPAK LAJU-LAJU BARU TAU!!!)
HUHU...
TAPI yang PENTING lah kan...
TERIMALAH PASANGAN ANDA MASING-MASING SEADANYA... =)

andai kata tak dok JODOH...
jangan GADUH - GADUH...
buat cara elok...
masa nak SAYANG - SAYANG, cara elok....
so masa nak BENCI - BENCI pun elok - elok lah!!!

INGAT TU!!!
janganlah nak ungkit - ungkit pulak!!!
UPDATED FB, TWITTER, BLOG bagai...
tulis macam - macam...

"KENTUT kau busuk!!!"
(masa couple wangi je. dan - dan CLASH, busuk lak. ni lah manusia)

tak cukup lagi, buat VIDEO CLIP pulak, SHORT FILM....
haih... melampau ah gini...
so tak nak mcm tu OK...
TAK BAIK... =P