CLICKS HERE!!!

Thursday, 30 August 2012

INI HARI KU...


Hari ni habis kelas awal. Petang dah tak dek kelas. Jadi kebosanan yang teramat buat seketika. Petang plan nak keluar. Lepas asar macam tu, aku keluar dengan dua org kawan aku. Plan nak buka puasa luar lah! Puasa enam. Aku pun nak cari barang-barang sikit. Aku mcm biasalah, naik kenderaan yang aku ada. NISSAN SUNNY. Warna putih. Kereta ni baru cat tau. Aku suka cat baru ni. Nampak lebih style. Kereta ni ayah aku punya lah! HUHU. TERIMA KASIH AYAH. (BODEK. HEHE)

INI KENDERAAN AKU. =)
Petang-petang kat Penang, biasa jalan memang sesak. Jadi kereta pun separuh merangkak. Destinasi pertama, PACIFIC. Dalam 30minit gitu lah sampai. Aku pun cari parking. Dah parking, tiba-tiba ada org minta duit parking. Aku pun pelik. Aku tanyalah sejak bila ada kutip duit parking ni. Dan-dan dia ckp, dia dah 8 tahun jaga parking kat situ. Aku pun jadi pelik. Pada hal aku dah biasa parking kat situ. Selama aku parking kat situ, tak pernah pulak ada org minta duit parking. Aku pun malas cara. Aku bayar je. Mujur RM2 je. Cuma aku tak puas hati, cara dia minta tu. Mcm gangster! Geram aku! Burr...

Jalan-jalan kat PACIFIC. Mula-mula OK lah. Ada tujuan. Nak cari barang. Cari-cari barang. Dah settle semua. Bosan dah. Tak tau nak pergi mana. Nak berbuka pun lmbt lagi. Jadi kita org jalan jelah tanpa hala tujuan. Tengok baju. Seluar. Kasut. Semua lah tengok. Tapi tak beli pun. Cuci mata je. HUHU. Keadaan agak tenang. Org pun tak ramai. Tak serabut. Biasa serabut. Biasalah hari bekerja mcm ni. Jalan punya jalan. Fuh!!! Penat jugak! Kita org pun tak banyak ckp. Tak bermaya je. Nak bergambar pun tak larat. Dalam 6.30 mcm tu, kita org pergi JUSCO pulak. 

Kat JUSCO pun sama lah. Jalan nak tak nak je. Memang tak dok tujuan. Kita org cuma tunggu masuk waktu je. Masa nak berbuka tu, kita org plan nak beli air. Untuk berbuka. Nak Solat Maghrib dulu, baru makan. Pergi lah kedai. Aku ingt nak beli air sorg satu. Last2, beli sekotak je. Air manggo. Layan jelah. Lg pun nanti nak mkn gak. Lepas beli tu, kita org duduk kat kerusi. Tunggu nak berbuka. Hari ni berbuka jam 7.28. Jam aku memang jam surau. Memang boleh di percayai. HOHO!!! Masa masuk waktu tu, kita 3 org tadah tgn baca doa sama2. Org tgh lalu lalang. HAHA! =D Kelakar je rasa. Lepas tu, minum lah air kotak tu sorg sikit. Kongsi-kongsi. Aku rasa mcm, 'wah...' Sweet giler untuk lelaki buat mcm tu. HAHA! =D BEST rasanya!!! HAHA!!! Kita org pun pergilah Solat Maghrib. Lepas solat tu mcm dapat tenaga baru, jalan pun cepat je. HAHA!!! Sebenarnya dah lapar sngt! HOHO!!! 

Sampai kedai makan, kita org pun order. Aku memang dah set nak melantak giler. HAHA! =D Aku dah lama tak makan kat situ. Masa mula-mula duduk penang, selalu jugak makan kat situ. Dah jadi mcm benda wajib setiap minggu dengan semua classmate. Lepas tu dah lama duduk Penang, jumpa tempat baru, De Pauh Garden. So kita org pun berubah angin. Tapi hari ni, aku terasa nak makan kat tempat lama pulak. Nama kedai tu BM Tom Yam. Kita org pun order. Teh 'O' Ais 1, teh 'O' ais limau 1, teh ais 1 dengan air suam. Makan lak, Nasi putih 3, tom yam cmpur 1, tom yam ayam 2, maggi goreng, mee bandung, daging masak paprik. Perh!!! Banyak kan??? Tapi tak cukup lagi kot!!! HAHA!!! Tambah lagi nasi putih 2 pinggan dgn air teh 'O' ais 2 cawan lagi. HAHA!!! memang banyak. Penuh meja tu!!! Pada hal 3 org je makan. HAHA!!! =D 

Masa pergi bayar, Cashier tanya meja nombor brapa. Meja kita org nombor 11. Dia pun buka bil. Cashier tu terkejut dengan Makanan kita org!!! HAHA!!! =D Dia tak percaya kita org mkn smpi bnyk mcm tu. HAHA!!! Total makan untuk 3 org. RM43.80. Memang banyak makan. Tapi aku puas hati lah makan kat situ!!! Sedap!!! Berbaloi. Tapi mak aku masak sedap lagi lah!!! (BODEK MAK AKU PULAK! HEHE)
Cuma yang tak bestnya, tak dok gmbr kita org. HAHA!!! Tak larat nak tangkap. Perut penuh sangat. HUHU... Maybe next time. Time semua adik-beradik (classmate) aku kat Penang ada sekali. Baru meriah sikit!!! HOHO!!! 

2 comments:

  1. Aku suka cat baru ni. Nampak lebih style.

    aq baca ayat ni.aku terus tergelak.haha

    ReplyDelete
  2. ceh!!! kau tuh dengki. memang aku style kot!!!
    HUHU...

    ReplyDelete