CLICKS HERE!!!

Monday 3 September 2012

MENARA GADING

Di dalam kelas Tingkatan 5 Pandai. Waktu pelajaran Bahasa Malaysia.

CIKGU: OK murid-murid. Hari ni cikgu nak tanya, ke mana hala tuju kamu selepas SPM. Kita mulakan dengan Leman. Leman, ke mana kamu nak pergi lepas keputusan SPM keluar???

LEMAN: Saya nak masuk USM Cikgu. Saya nak jadi Doktor.

ALI: Saya nak pergi UTM Cikgu. Saya nak jadi Engineer. Macam ayah saya.

ZANA: Saya ingat Cikgu. Saya tak nak belajar. Saya nak kerja terus dan tunggu orang masuk meminang. Sebab walau macam mana pun, perempuan tetap akan ke dapur Cikgu.

GUNA: Saya mahu teruskan perniagan ayah saya Cikgu. Jaga lembu. Saya nak besarkan lagi perniagaan ni.

ISMAIL: Saya pun macam Guna Cikgu. Tapi dalam bidang pertanian. Jadi saya rasa, tak payah lah saya nak belajar jauh-jauh.

CIKGU: Baiklah murid-murid. Itu semua cita-cita kamu. Cuma cikgu nak nasihatkan. Walaupun bidang kamu itu tidak memerlukan pelajaran yang tinggi, tak salah sebenarnya kamu nak sambung pelajaran kamu. Tak rugi pun. Sebab dalam hidup ni, kita sentiasa belajar. Tapi pandangan Cikgu, Cikgu nasihatkan kamu semua sambung belajar. Supaya kamu semua dapat kenal macam-macam ragam masa di Universiti nanti. Ia merupakan satu pengalaman yang seronok sebenarnya. Kamu akan lalui macam-macam. Yang susah kamu nak dapat di luar sana. Waktu belajar adalah waktu yang seronok sebenarnya. Nikmatinya. Cikgu yakin, apabila kamu semua dah habis belajar, Cikgu pasti kamu semua akan nak balik ke alam belajar semula. Ke alam sekolah. Alam universiti. Percayalah. Jadi, tak kiralah seorang doktor, seorang petani, seorang suri rumah atau apa saja. Pelajaran tu penting. Ingatlah murid-murid semua. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina. =)  


No comments:

Post a Comment