CLICKS HERE!!!

Saturday 8 June 2013

Empty Mind

"HAHA! =D Lek ah! Jom ah lepak lu! Release tension! Malam panjang lagi. Hujung minggu la."

"Kau ni. Hari-hari happy je aku tengok. Kau tak pernah ada masalah ke?"

"Aku manusia biasa. Tetap ada masalah. Cuma aku positiv pada setiap masalah yang aku hadapi. Mungkin ada hikmah."



Yang buruk datang. Yang baik pergi. Yang baik datang. Yang buruk pergi. Itulah dunia. Sebab tu orang kata hidup macam roda. Hari ni kita menangis. Tak semestinya kita akan menangis sepanjang hari. Jangan bimbang. Biarkan air mata jatuh. Sebab sekejap lagi kita akan ketawa.=)

Apa yang kita ada. Tak perlu di muntahkan semua. Sebab yang sikit akan lebih di hargai. Ada yang kita tahu. Tak semua perlu di ucapkan. Sebab mungkin boleh bawa padah. Cukup dengan pandangan. Kita tahu. Dia ada. Cukup dengan gambar. Bukti segalanya. Cukup dengan kenangan. Mampu tersenyum lebar.

Aku takut bila berdepan. Sememangnya di lahirkan begini. Ego tinggi. Meracun diri. Tapi aku tahu. Masa akan tiba. Hanya bersabar. Dan ia sudah muncul. Walau mata tidak berjumpa. Kenangan sememangnya indah jika di kongsi dengan orang yang ingin berkongsi.


p/s: Jangan takut. Buat bila rasa betul. =)

Friday 7 June 2013

1 vs 9

"Awak. Sudi tak awak terima saya? Segala kelebihan dan kelemahan saya? Sudi tak awak jadi permaisuri dalam hidup saya?"

Huh!

Lelaki, mudah meluahkan cinta. Jauh sekali menghargai. Apakah lelaki sebenarnya tahu apa itu cinta? Apakah lelaki faham apa itu cinta?

Cinta bukan terucap di mulut. Cinta tak dapat di luahkan. Apa yang di luahkan ialah nafsu semata-mata. Nafsu yang mula menguasai diri. 1 berbalas 9. Yang 1 tetap bermaharajarela.

Sungguh manis ucapannya. Sehingga yang 9 rebah tiada seurat benang. Yang 9 berejam lamanya. Berhari. Bertahun. Tetapi yang 1. Yang hanya 5 minit. Tetap menjadi raja. Raja segalanya.

Apa yang 1 mahukan sebenarnya? Nafsu semata-mata? Tidak jawapannya. Jika yang 1 hanya bernafsu. Yang 9 akan susah hati. 1 akan sayang yang 9. Kerana yang 9, tetap 1.

Walaupun 1 mampu untuk yang 4 9. Tetapi percayalah. Yang 9 bagi setiap 1. Cukup sayang 1 untuk 9.

Insyaallah. =)    

p/s: tiada niat untuk 1 ini ada 4 9. Hanya sekadar coretan.


Tuesday 4 June 2013

Aku nampak aku

Assalamualaikum cik. Saya nak mintak sign RPK. Duty 3, Task 3.01. Ha kat sini cik. NCS sekali cik. Ni bukti-bukti semua. Semua dah lengkap. Tarikh last 4/6/2013 cik. Ok. Terima kasih cik. =)

Assalamualaikum cik. Nak mintak sign lah cik. RPK. Duty 4 cik. Subject QC. Kat sini cik. Bukti semua cukup. Tarikh semua dah tulis. Ha ok. Nanti saya tulis balik dengan pen. Terima kasih cik.

(hp berdering):
Weyh! Cik dah ada kat bengkel tu. 

(meniti anak-anak tangga untuk turun ke bengkel)

Setiap anak tangga terasa sangat jauh. Bagaikan satu hari lamanya. Setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik aku berada di sini. Sedar tak sedar, dah dua tahun setengah aku di sini. Macam-macam jadi. Suka. Duka. Semua. 

Aku duduk di satu penjuru. Aku nampak aku. Masih baru di sini. Masih setahun jagung. Masih berkenalan antara satu sama lain. Sama-sama suka. Riang. Tawa. Sama-sama belajar erti hidup. Liku-liku di dunia.

Aku nampak aku. Menunggu pensyarah hadir memulakan kuliah. Aku nampak aku. Tido di dalam kelas. Lalai. Main-main. Gelak bersuka ria. Kacau kawan. Main hp. Aku nampak aku. Meniru ketika kuiz. Ujian. Mahupun final sendiri.

Aku nampak aku. Melangkah gembira naik ke pentas. Mengambil sijil dekan setiap sem. Aku nampak aku. Senyum di dalam kepuasan dunia. Aku nampak aku. Menghitung hari. Untuk pergi ke tempat baru. Tempat yang lebih mencabar. 

Aku bertanya aku. Adakah mampu menghadapi kebuasan dunia. Adakah sudah bersedia. Aku nampak aku. Yang tidak tahu apa yang kunjung tiba. Aku nampak aku. Yang masih tidak mempunyai apa pun tika ini. 

Di mana aku?

p/s: Hidup kena teruskan. Follow the flow. 

tik tok tik tok! Daa~