CLICKS HERE!!!

Wednesday, 20 August 2014

Stylo lah kot?


Fuh! Rasa nak pakai cam ni lah! Tapi tak over ke eh? Nak pergi tgok wayang. Boleh? HAHA!=D Aku rasa over. But for some people. It is ok. Benda yang kait dengan style ni kita kena berani je. Lau rasa tak berani, pergi cari keberanian dulu. HAHA!=D Harap ada dinner, yang boleh aku pakai gini! Keke!=P

*sibuk nak berstyle jugak!


Sunday, 17 August 2014

Hubungan

Dalam hubungan ni kan. Lelaki ni macam lembab sikit lah dari perempuan. Sebabnya kan. Lelaki ada sembilan akal. Dan perempuan ada satu je akal berbanding lelaki. So disebabkan terlalu banyak akal yang lelaki ada ni, menyebabkan para-para lelaki ni tak nampak aw benda yang paling simple. Kira bagi lelaki ni, "alah benda kecik je ni". Tapi lelaki ni tak tahu yang benda kecik nilah yang para-para gadis rasa, "aw sweetnya...". And kalau dia tahu pun, dia akan ingat untuk satu jangka masa pendek. Tu dah macam lumrah aw. Means perempuan ingatkan lah macam mana pun, sampai masa lelaki akan lupa. Dan disebabkan sembilan akal ni juga, lelaki akan terkesan dengan ayat yang paling simple daripada seorang gadis. So gadis-gadis, "watch out with your words!". Nampak ayat yang gadis uh cakap, "alah sikit je kot? cm tu pun nak terasa?". Ha... Nampak sikit, tapi bagi lelaki? Mungkin dia akan ingat sampai mati aw. Cayalah! So kat sini dah nampak keadilannya. Allah tu maha bijaksana aw. Sebab uh DIA jadikan manusia ni saling berpasang-pasangan. Saling melengkapi antara sau sama yang lain.

Hm... Tapi bukan semua bab lah lelaki ni lembab. Ada je dia cepat. Dia dah tahu, tapi saja buat tak tahu. Mungkin saja nak tgok pasangan dia. Uji ke? Entahlah. Atas laki tulah cana. So masa ni, perempuan kena tepi kan sikitlah ego. Buat lek je. Just bagi tau balik. Bagi tahu bagi tahu dan terus bagi tahu. Sebab ni salah satu cara lelaki bermanja aw. Nampak kecikkan? HAHA! Tapi kesan dia? Pernah gadis-gadis tahu? HUHU. Dan satu lagi. Laki ni bese ah ego tinggi. Bila puan bagi ayat2 cintan, mula ah si laki nak kutuk2. Jiwang lah. Apalah. Kadang2 tu boleh sakitkan hati puan uh. Setuju tak cewek2? HUHU! Bila gadis2 menghadapi kes cm ni. Jgn segan aw cakap lagi. Sebab sebenarnya si laki ni suka je. Di punya dalam hati uh berbunga2 korng tak tahu. Lau kat awan tu, entah ke manalah pergi nya tuh! HAHA!=D Kira korang kena carik jalan, mcm mana nak terbalikkan keadaan ni. Kira win to win situation lah!(betul ke tuh?) So korang cewek2, pandai2 ah tackle laki masing2! Lagi2 kalau dah kawen uh!    

And sebagai perempuan pulak. Korang ada hak jugak aw! Yelah. Mana aci kan laki je nak menang! OK aku bagi contoh. Konon ah gadis2 dapat laki yang jenis malas pujuk. Ha ni susah! Korang kena belajar cara untuk mintak di pujuk aw! But indirect way! Ha... Tak leyh direct mintak pujuk. Sebab nanti laki uh malu aw. Serius ni serius. Nak belajar cara dia? Aku pun tak tahu. GAdis2 google ah! Tapi yang paling penting! Indirect! And bila laki korg uh dah start nak pujuk2. Korang pun jgn ah tekan 101% terus! Slow2 ah! Biar dia belajar pujuk sikit2 dulu. Kira minggu ni merajuk sikit. Dia pujuk, korg pun jgn ler jual mhal sngt awal2. KOrang fhm kan mksd aku? Then bila dia dah pndi pujuk. Ha merajuk ah korng! Tapi nasihat aku! Jangan merajuk lama sngt! Nnt laki uh mcm menyampah lak aw. Agak2 ah! Tapi tuk kes yang besar. Hm... No komen.

Mungkin cm berat sebelah entry ni. Tapi yang mana korng rasa boleh terima, amik jadi kan pedoman. Yang tak boleh! Buang! OK fhm murid2?=D

*ttbe jadi doktor cinta? HAHA! 

Thursday, 14 August 2014

21 tahun

Dah 21 tahun. Apa yang aku dah capai? Hm... Adalah sikit. Dah ada kereta, motosikal, baju-baju lawa sikit. Rasa dah besar sikit. Gajet sikit. Tapi aku ada PSP je. OK lah tu kan. Saving pun ada sikit. Untuk usia aku. OK ah kot aku rasa. HAHA!=D Syukur alhamdulillah. =) Oh lupa! Aku dah ada Diploma. Bulan depan nak masuk degree. Tapi Isnin ni SPA kuar! Aku harap dapat. Macam malas nak belajar. HAHA!=D UPU tak dapat. Sedih sikit. Aiceh! Rilek sudah ek. 

Apa yang aku nak? Aku pun tak tahu apa yang aku nak! Yang aku pasti nak! HAHA!=D Sebelum tido. Ngok ngek ngok ngek dengan bini. Ngok ngek ngok ngek uh maksud dia bersembang OK! Bukan yang tu! Susah budak zaman sekarang ni. Kena details. HAHA! Umur baru 21, tapi dah gatal nk nikoh! HAHA!=D Entah lah. Best lah aku rasa! HAHA!=D Bila entah dapat. Hm... HUHU. Macam tak terfikir pun nak life cana. Nak rumah besar ke, kereta besar ke. Mungkin belum lagi ah kot. HAHA!=D Tunggu jelah. 

Kita ni kan, boleh pandang ke depan. Tapi lau boleh, jangan ke depan sangat. Sbb nnt dia akan jadi bnyk negatifnya. Sbb bnda kita tak nmpk ni, complicated aw. Kita akan fkir banyak kemungkinan. Lau kita fikir uh bnyk positif, tak pe. Tapi lau negatif. Hancus! HAHA!=D So nasihat aku lah. Daripada seorang lelaki yang konon matang. First! Apa yang kena buat. Buat dulu. Contoh? Pandai2 ah korang. Lain orang lain pemikiran dia. 

So bila kau dah settle kan benda yang kena buat lu. Beban uh cm kurang sikit aw. Ha... Lepas uh baru korang fikir apa. Then apa. And apa. Tapi jangan jauh sangat! Aku rasa kan. Maksimum dua tahun ah korang plan ke depan. Ha... Ingt! Jangan jauh sngt. Sebab bila jauh-jauh sngt kan. Korang akan jd berangan aw. Then mula ah korg main2. So aku cdg kan dua tahun kedepan. Faham? HUHU. =P

XOXO-Daa~

*motif? Entah. Aku pun tak tahu. Pandai-pandai ah korang cari isi hasil karya aku ni.=P  

Saturday, 14 June 2014

Malaficent

Gelak.
Tawa.
Hari ni.
Tak rasa ada duka.
Alhamdulillah. Syukur.
Call. Sedikit hambar.
 It's my fault.=)
Terima.






Masih ada kasih sejati. (harap boleh dapat)
Tak semestinya sesama pasangan.
Suami isteri.
Orang yang kita tak kenal pun.
Boleh wujud kasih sejati.
Menakjubkan.
Kuasa Allah SWT!

#againtaktautulisapasapafahamfahamlahnowtrytowinbackmacamtakkuatsebabrasamacamtepuksebelahtanganohstress!hopekuatwishmeluck!<3

Friday, 6 June 2014

6th DAY!

Huargh!!! Enam hari bulan enam. Housemate aku semua dah habis praktikal. Tinggal nak settle exam dengan file NOSS depa je. Lepas uh habis ah diploma depa. Tunggu graduate je bulan sebelas ni. Sekali dengan aku. Habis praktikal, depa pun semua chow ah dari rumah ni. So aku pun tak kan nak stay sorang kan. Maka dengan itu aku pun kenalah cari housemate lain. Junior lama aku. Mujur lah depa bagi tumpang. Buat teruk. HAHA!=D Teringat pensyarah aku cakap. "housemate kita yang akan kekal nanti, suami atau isteri kita lah". Cewah ayat! HAHA!=D Depa habis praktikal, so aku tinggal sorang ah kat kilang tu. Haih... Cam sedih lak! Nanti kalau aku tertinggal stokin sapa nak tolong bawakkan lepas ni? Hp ke tertinggal? Ha... Aku nak rehat dengan sapa? Ayoyo! Sekali lagi buat teruk.=P Aku masuk kul tujuh, depa masuk kul lapan. So bila aku tertinggal barang, aku akan mesej semua housemate aku. Mintak tolong bawak kan. Nanti jumpa time rehat kul sembilan uh semua tnya, "dapat dah stokin?", "dapat dah hp?". Rasa di sayang dan di ambil berat lak. Keke. =P Nak tak nak, tahan jelah. Sikit je lagi ha! Nak berhenti dah lepas ni! HAHA!=D Rasa nak nyanyi ah! Jom jom jom!!!!

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Ha... For someone. Sapa tau tau lah! Happy 6th day. (^^,)

Sunday, 1 June 2014

Keadilan Dunia

Aku selalu dengar, "dunia memang tak adil". Aku pun kadang-kadang cakap benda yang sama. "dunia tak adil". Tapi dua tiga hari ni aku rasa dunia adil je sebenarnya. Cuma dah jadi lumrah manusia yang memang tak bersyukur. Bukan tak bersyukur, tapi tak menghargai apa yang kita ada sekarang ni. Kira tak bersyukur lah tu kan? Tapi tak boleh jugak macam tu. Sebab kita mesti nak benda yang baikkan? Kalau dah dapat benda yang baik, mesti nak LEBIH baik lagi. Dah dapat yang LEBIH baik, nak LEBIH-LEBIH  baik pulak. Benda ni kira tak bersyukur ke eh? Atas diri masing-masing lah. Korang fikir sendiri ye. Pada aku, of course lah aku nak benda yang paling baik kalau boleh. HAHA!=D

Berbalik kepada topik kita tadi. "dunia tak adil". Cuba korang fikir. Bayang ke. Ingat balik ke. Masa korang kecil-kecil dulu, penah tak korang JELES dengan kawan-kawan korang? Sepupu ke? Sedara ke? Tak yah masa zaman kanak-kanak riang tulah, kita amik contoh sekarang ni. Jeles kat sini umum lah. Contohnya kawan korang pakai iphone, korang pakai hp buruk je. Tak pun, parents depa dapat luangkan masa dengan depa. Korang tak dapat sebab parents busy. Kira pape jelah yang membuatkan korang jeles sama ada kawan, sepupu, sedara even dengan orang yang korang tak kenal sekali pun. Mesti adakan? Kalau tak dak, korang manusia tak normal! HAHA!=D

Bila korang tengok orang kan, korang jeles dengan apa yang dia orang ada. Tapi kan, sedar tak sedar dia orang pun sebenarnya jeles dengan apa yang korang ada. Ha... Mudah kan? Kat sini kita dah dapat tengok yang dunia ni adil sebenarnya. Setuju tak? OK second pulak. In case lah korang nak sesuatu barang. Tak dapat, sebab duit tak dek sangat. Parents pun bukan kaya sangat. Nak mintak pun segan, serba salah. So korang diam je. Yang kawan korang ni pulak, rasa nak. Senang-senang je dapat. Anak orang kaya katakan. Korang pun mula terfikir, bestnya jadi kaya. HAHA!=D Tapikan, kadang-kadang kita tak sedar aw. Hari ni kita nak, kita tak dapat. Tapi minggu depan kita nak, kita dapat. Bulan depan kita nak, kita dapat jugak. Nampak tak? Sekali kita tak dapat. Tapi at the end, kita dapat dua. Ha...

Banyak je lagi sebenarnya. Tapi korang fikir ah. Baru otak berjalan sikit. HAHA!=D Kadang-kadang Allah  tentukan duit kita tak banyak, supaya kita tak pening nak jaga harta. Tak bagi kita ada anak supaya kita tak pening nak melayan kerenah depa. Ha... Macam tulah. Pernah je kan dengar ayat-ayat ni kat laman sosial. Tu pun dah buktikan dunia ni adil. Perasan tak? HUHU. Panjang aku taip ni, korang faham ke tak ni? Dapat bayang tak? HAHAHAHA!!!!=D

p/s:imloveyoumissyouiliakshapikiak<3

Sunday, 18 May 2014

Besi Panas

Pelajar: Cikgu. Syaitan tu kan dari api, nanti kat akhirat bukan sakit pun dia kena azab. Api dengan api mana rasa pape.

Cikgu: Hm... Manusia di jadikan dari tanah bukan? Agak-agak kamu lah. Kalau kamu kena tumbuk dengan kawan kamu, sakit tak kamu rasa?

Pelajar: Mestilah sakit cikgu.

Cikgu: Ha macam tu lah syaitan rasa nanti. Walaupun api dengan api, tetap sakit dia.

Pelajar: Faham cikgu.=)

*sayabesipanasawakbagibesipanassayasakitjugatapisayamintamaafawakbuangjelahbesipanasdalampoketawaktu.