CLICKS HERE!!!

Tuesday, 4 June 2013

Aku nampak aku

Assalamualaikum cik. Saya nak mintak sign RPK. Duty 3, Task 3.01. Ha kat sini cik. NCS sekali cik. Ni bukti-bukti semua. Semua dah lengkap. Tarikh last 4/6/2013 cik. Ok. Terima kasih cik. =)

Assalamualaikum cik. Nak mintak sign lah cik. RPK. Duty 4 cik. Subject QC. Kat sini cik. Bukti semua cukup. Tarikh semua dah tulis. Ha ok. Nanti saya tulis balik dengan pen. Terima kasih cik.

(hp berdering):
Weyh! Cik dah ada kat bengkel tu. 

(meniti anak-anak tangga untuk turun ke bengkel)

Setiap anak tangga terasa sangat jauh. Bagaikan satu hari lamanya. Setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik aku berada di sini. Sedar tak sedar, dah dua tahun setengah aku di sini. Macam-macam jadi. Suka. Duka. Semua. 

Aku duduk di satu penjuru. Aku nampak aku. Masih baru di sini. Masih setahun jagung. Masih berkenalan antara satu sama lain. Sama-sama suka. Riang. Tawa. Sama-sama belajar erti hidup. Liku-liku di dunia.

Aku nampak aku. Menunggu pensyarah hadir memulakan kuliah. Aku nampak aku. Tido di dalam kelas. Lalai. Main-main. Gelak bersuka ria. Kacau kawan. Main hp. Aku nampak aku. Meniru ketika kuiz. Ujian. Mahupun final sendiri.

Aku nampak aku. Melangkah gembira naik ke pentas. Mengambil sijil dekan setiap sem. Aku nampak aku. Senyum di dalam kepuasan dunia. Aku nampak aku. Menghitung hari. Untuk pergi ke tempat baru. Tempat yang lebih mencabar. 

Aku bertanya aku. Adakah mampu menghadapi kebuasan dunia. Adakah sudah bersedia. Aku nampak aku. Yang tidak tahu apa yang kunjung tiba. Aku nampak aku. Yang masih tidak mempunyai apa pun tika ini. 

Di mana aku?

p/s: Hidup kena teruskan. Follow the flow. 

tik tok tik tok! Daa~   

2 comments: