CLICKS HERE!!!

Friday, 19 April 2013

Eh? Kuantan?

Ha! Aku kat Kuantanlah! Magickan?Kejap kat Penang, kejap kat Kuantan. Macam main-main je. Kehkeh. Well. Kuantan tetap tenang bagi aku. Mungkin tak payah fikir pasal apa pun. Aku tak kesah kalau aku tak dok duit. Aku tak kesah nak pergi mana je yang aku suka. Tanpa tujuan. Tak kesah nak makan apa pun. Buat apa pun. Semua kat Kuantan. Wah!!! Serius best. Dalam poket ada RM5 je. Tapi merata aku pergi. Aku tak kesah pun. HIHI. Merata aku pergi. Tapi kalau tanya pergi mana, aku sendiri tak tahu. Kiki.

Aku berjalan sini sana. Jumpa kawan lama. Yang dari sekolah rendah. Naik sekolah menengah. Tak kesahlah SMART atau TEKNIK. Semua aku jumpa. Aku memandang kalian kalian. Tapi mereka tak perasan. Hey you all! Tak kenal kita IJAL ke? HAHA! =D Aku jumpa Cikgu jugak. Baik dari SMART atau dari TEKNIK. Tapi dia orang tak ajar aku. Aku hanya senyum kepada mereka. Kalau Cikgu yang ajar aku pun tak ingat akan aku. Apatah lagi Cikgu yang langsung tidak pernah mengajar aku. Kiki.

Aku tak kesah pun. Tapi kalau aku nampak mereka dalam kesusahan. Aku akan menolong mereka. Menolong apa yang termampu. Insyaalah. Kiki. Aku pernah kot tolong Cikgu SMART! Nama Cikgu tu IRENE TAN. Kalau tak silap akulah. Cina perempuan. Cikgu ni naik moto HONDA C70. Dia ajar MATH. Dia pernah ajar aku kot. Seminggu jelah. HAHA! =D OK apa. Seminggu pun. Dia berjasa kot pada aku. HUHU. Moto dia rosak. Gear lekat! Sian dia. Aku pun tolonglah tolak motor dia, sampai kedai moto. Dengan keadaan menolak kebelakang! Fuh! Berpeluh gak lah! HOHO! Tapi aku seronok. And of course dia tak kenal aku. Kiki.

Sedang seperti ribut ku memacu jentera Ex-5 ku, aku ternampak kawan aku semasa TADIKA! Amirul Arif (BOB) Hey! Aku tak tau lah dia nampak aku ke tak. Sebab dia dah maju sekarang. Naik TOYOTA AVANZA kau! Fuh! Tahniah. Tahniah. Even dia tak nampak aku. Tapi aku nampak dia. HUHU. Jalan kat Sekilau. Eh? Rumah "Azrul"(DON) ke tuh? Aku pun sesuka hati meng-U-turn motor ku. Dan. Wow! Cantiknya rumah dia! Dia punya anjung diselimuti kaca. Ada "mini garden" kat dalam rumah dia. Wah... Jelesnya. Dia lagi maju sekarang. Naik "Wolkswagen POLO" wei!!! Fuh! Best. Best. Best.

Terus memecut Ex-5 aku. Matahari dah nak balik. Datang Bulan untuk menganti. Azan berkumandang. Aku tiba di bawah rumah. Menghabiskan sisa-sisa "ice blended". Dah cair. Kemanisannya sudah tiada. Aku buang. Buka pintu rumah. Assalamualaikum. Terlihat kedua muka ayah dan ibu ku. Tersenyum lebar. Walau pun rumah tidak sebesar rumah Azrul Don. Walaupun kereta tak sebesar kereta Bob. Walaupun ramai yang dah tak kenal diri ni. Tapi aku tetap aku. Tetap aku yang berdiri di sini. Tetap aku anak kepada mereka berdua. Alhamdulillah.

ps: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. =)    

No comments:

Post a Comment